Berita

Loke sumbang RM25,000 kepada Surau Taman Sri Telawi

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook telah menyumbang RM25,000 kepada Surau Taman Sri Telawi.

Loke berkata, sumbangan ini merupakan peruntukan Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban kepada warga DUN Seremban.

“Sumbangan ini digunakan untuk menaik taraf surau tersebut.

“Saya sentiasa berusaha untuk memastikan peruntukan kawasan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasan saya,’ kata Loke.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Surau.

Show More

Related Articles

Back to top button