Berita

Aminuddin sasar pengunjung NS Fest lebih 350 ribu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mensasarkan bahawa pengunjung NS Fest yang diadakan pada tahun ini melebihi 350 ribu orang.

Aminuddin berkata, ini kerana tahun lalu hampir 350 ribu pengunjung yang hadir selama empat hari program tersebut berlangsung.

“Jadi, sasarkan tahun ini dua hingga tiga kali ganda kerana kita adakan tambahan empat hari kerana NS Fest kali ini akan diadakan serentak dengan Perpatih Fest.

“Dalam pada itu, kita juga meletakkan sasaran jualan juga melebihi RM2 juta,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pra Pelancaran NS Fest 2024 di Wisma Majlis Bandaraya Seremban.

Aminuddin turut tambah bahawa objektif penganjuran program ini adalah bagi menjadikan ia sinonim sebagai tarikan di Negeri Sembilan.

“Penganjuran kali ini juga akan melibatkan sebanyak 250 ‘booth’ yang merangkumi usahawan dan pameran daripada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan, Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan dan NS Food Festival.

“Tahun ini juga akan ada pertambahan usahawan daripada sebelum ini di Arena Usahawan NS FEst yang melibatkan 80 orang usahawan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” tambah beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button