Aminuddin yakin Negeri Sembilan capai sasaran pelaburan RM10 bilion

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyatakan keyakinan beliau bahawa Negeri Sembilan akan mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM10 bilion pada tahun 2025.
“Negeri Sembilan kekal sebagai salah satu negeri tumpuan pelabur yang istimewa di negara ini.
“Bilangan pelabur yang melabur di Negeri Sembilan semakin hari semakin meningkat.
“Saya yakin bahawa sasaran kita untuk mencapai pelaburan RM10 bilion pada tahun ini akan tercapai,” kata Aminuddin.
Aminuddin juga berkata, Kerajaan Negeri Sembilan akan melancarkan satu lagi kawasan perindustrian di Malaysian Vision Valley (MVV 2.0) pada bulan Oktober ini sempena The ASEAN Summit.
Aminuddin berkata demikian di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, Seremban sebentar tadi.