Berita

Anak OKU disantuni MAINS dan ADUN Kota

KOTA: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan ziarah kasih seorang kanak-kanak OKU bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini di Kampung Legung Ulu.

Pertemuan ini menyantuni tiga orang adik-beradik yang tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan nenek setelah ibu bapa mereka berpisah.

Difahamkan ibu kepada kanak-kanak ini terpaksa berjauhan kerana bekerja di Gemas.

Anak sulung tiga beradik ini pula menghidap pelbagai penyakit seperi jantung, tulang (skoliosis) sejak dilahirkan serta kurang pendengaran pada kedua-dua belah telinga.

Perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh datuk untuk segala rawatan serta membesarkan tiga beradik ini selain makan dan minum seharian mereka dengan sedikit duit pencen setiap bulan.

Dalam perbincangan, MAINS (Daerah Rembau) akan membantu untuk membeli alat bantuan pendengaran bagi memudahkan proses pembelajaran dan rutin seharian, kos mendapatkan rawatan di beberapa hospital pakar, sumbangan wang keperluan diri dan wang tunai.

Pejabat ADUN turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sekolah kepada anak OKU tersebut.

Hadir sama Penolong Agihan MAINS Daerah Rembau, Norhafizah Latif; wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Legung Ulu dan Pengerusi Masjid Kariah Legung Ulu.

Show More

Related Articles

Back to top button