BeritaProgram

ANWAR: ‘Deepavali Nal Valthukal’

Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya adalah hari besar buat penganut Hindu seluruhnya. Ia adalah hari kemenangan cahaya menundukkan kegelapan.

Ini kesempatan baik untuk membaca dan menelaah manuskrip kuno penting ‘Thirukural’ yang membicarakan persoalan-persoalan besar tentang falsafah hidup, etika, prinsip moral dan keadilan.

Antara baris penting yang cukup mengesankan adalah:

“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma tatkala kita melupakan amalan kebaikan.”

Selain penegasan ke arah menghidupkan amalan kebaikan, perayaan ini juga mengingatkan kita agar punya ‘conviction’ yang kukuh dalam menyemarakkan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Malaysia ini punya potensi yang amat besar untuk mencipta lonjakan dalam pelbagai bidang atau lapangan.

Saya tetap percaya perpaduan di kalangan rakyat terus kukuh dalam menolak perkauman dan menghidupkan kerukunan.

Segala naratif yang menanam bibit dan syak wasangka antara kaum mesti kita lawan dan depani demi negara tercinta ini.

“Deepavali Nal Valthukal” kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia.

இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

Ketua Pembangkang,
Pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan,
Presiden KeADILan,
Ahli Parlimen Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button