Berita

KeADILan Jempol tolak kerjasama dengan parti Pejuang

JEMPOL: KeADILan Cabang Jempol mengambil ketetapan menolak sebarang kerjasama politik dengan parti Pejuang.

Usul ini dibawa oleh Ketua Cabang KeADILan Jempol, Saudara Rebin Birham di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol yang berlangsung di Dewan Pejabat Penyelaras DUN Palong, Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 & 6, petang kelmarin.

“Saya mewakili KeADILan Jempol dengan ini menolak sebarang kerjasama politik dengan parti Pejuang.

“Cukuplah sekali kita ‘terkena’. Alhamdulillah seramai 113 ahli yang hadir pada hari ini, menyokong sebulat suara usul ini,” kata Rebin.

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Jempol dirasmikan oleh Naib Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Ahmad yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar.

Turut hadir Timbalan Ketua Cabang, Saudara Ramli Hassan; Naib Ketua Cabang 1, Saudara Faiz Gobi Abdullah; Naib Ketua Cabang 2, Saudara Azmi Mohd Darus; Ketua Penerangan Cabang, Saudara Musliadi Sabtu; Setiausaha Cabang, Mohd Akhir Rantau dan Ketua Wanita Cabang, Puan Kamaliah Othman.

 

Show More

Related Articles

Back to top button