BeritaMenarik

‘Bonus Raya’ untuk penjawat awam Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM500 kepada penjawat awam Negeri Sembilan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka pada 10 April ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, seramai 6,662 penjawat awam Negeri Sembilan akan menerima bantuan ini.

“Penerima bantuan ini melibatkan 6,662 penjawat awam di jabatan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

“Bantuan khas sempena sambutan Hari Raya ini melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.33 juta.

“Kita berharap dengan usaha ini, ia meningkatkan lagi komitmen, kesungguhan dan motivasi penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik,” kata Aminuddin dalam Sidang Media selepas Majlis Pra Pelancaran Program Mantai Rayo 2024 di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button