Berita

Manfaatkan malam-malam terakhir Ramadhan

JEMPOL: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyarankan masyarakat khususnya umat Islam supaya memanfaatkan malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini.

Aminuddin berkata, ini kerana bulan Ramadhan merupakan satu-satunya bulan yang kita boleh menunaikan solat terawih.

“Selain itu, terdapat satu malam yang dipanggil sebagai Malam Lailatul Qadr.

“Malam tersebut jika beramal, maka amalannya adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.

“Oleh itu, saya seru supaya orang ramai teruskan usaha untuk menunaikan ibadah di sepanjang baki bulan yang mulia ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button