BeritaMenarik

MANTAI RAYO: Daging dijual RM36 sekilogram

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan akan mengadakan program Mantai Rayo pada 7 April ini di 20 lokasi di seluruh negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, jualan akan bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga stok habis di 20 lokasi melibatkan 16 DUN di Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri Sembilan berbesar hati memberikan insentif tunai kepada penjual-penjual daging yang berminat menyertai Program Mantai Rayo 2024 ini bagi membantu menawarkan harga daging lembu pejal tempatan dengan lebih berpatutan.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM50,000 bagi tujuan ini.

“Dengan pemberian insentif tunai ini, harga daging lembu pejal tempatan yang dapat ditawarkan pada program tahun iniadalah sebanyak RM36 sekilogram.

“Kita juga mendapat maklumat, di beberapa lokasi, penjual daging bersetuju menjual daging pejal pada kadar harga lebih rendah daripada RM36 sekilogram seperti yang telah ditetapkan,” kata Aminuddin di Majlis Pra Pelancaran Program Mantai Rayo 2024.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan Jualan Nismilan Prihatin di lapan lokasi terpilih, manakala baki 12 lokasi hanya Program Mantai Rayo sahaja.

Berikut senarai 16 DUN yang terlibat dalam Program Mantai Rayo 2024:

  • DUN Klawang
  • DUN Palong
  • DUN Jeram Padang
  • DUN Pilah
  • DUN Senaling
  • DUN Seri Menanti
  • DUN Kota
  • DUN Sikamat
  • DUN Lenggeng
  • DUN Ampangan
  • DUN Labu
  • DUN Rahang
  • DUN Linggi
  • DUN Seri Tanjung
  • DUN Repah
  • DUN Gemencheh
Show More

Related Articles

Back to top button