BeritaMenarik

Pemimpin jangan lupa ahli akar umbi

PALONG: Pemimpin atasan dinasihatkan agar tidak melupakan ahli akar umbi parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ahli akar umbi harus disantuni kerana mereka lah jentera yang menggerakkan parti di peringkat cabang dan ranting.

“Adalah difahami pemimpin khususnya di peringkat atasan sibuk dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab.

“Tetapi perlu meluangkan masa menyantuni ahli parti di peringkat akar umbi.

“Geraknya parti adalah kerana ahli akar umbi dan peranan mereka perlu dihargai,” kata Aminuddin.

Amuniddin berkata demikian di Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Parti KeADILan Rakyat Cabang Jempol di Balai Raya Felda Palong 4.

Show More

Related Articles

Back to top button