Berita

20 keluarga asnaf terima sumbangan bakul makanan daripada Veerapan

REPAH: Seramai 20 keluarga asnaf dari DUN Repah menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam.

“Saya telah menyerahkan 20 set bakul makanan dan ‘Duit Raya’ kepada 20 keluarga kurang kemampuan.

“Saya juga menyampaikan sumbangan RM2,000 kepada JPKK Kampung Repah, RM1,000 kepada Masjid Kampung Repah serta RM500 kepada Surau Rumah Rakyat Repah bagi menjalankan program kemasyarakatan sempena sambutan Ramadhan,” ujar Veerapan di Majlis Berbuka Puasa anjuran JPKK Kampung Repah dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah di Kampung Repah.

Show More

Related Articles

Back to top button