Asna santuni empat individu hidapi masalah kesihatan

LENGGENG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Md Asna Amin santuni telah turun padang bagi menyantuni empat individu yang mempunyai masalah kesihatan.
“Individu pertama adalah Puan Shamsiah Udin yang berusia 79 tahun.
“Beliau kini dalam uzu kerana faktor usia.
“Selain itu, saya turut menyantuni Encik Md Tayep Katinee yang merupakan mantan imam Suraua Taman Panchor Jaya Fasa 7 dan 8.
“Encik Md Tayep kini diuji dengan serangan sakit strok dan beliau bakal menjalani pembedahan di bahagian kepala dalam masa terdekat,” kata Md Asna.
Seterusnya beliau turut menziarah seorang remaja Orang Kelainanan Upaya yang terlantar.
“Muhd Iman Haleef Mohd Ghazali merupakan OKU yang terlantar dan memerlukan perhatian serta sokongan berterusan daripada semua pihak.
“Akhir sekali, saya telah bergerak ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menziarahi Puan Nooraini Abu Hassan yang merupakan salah seorang penduduk DUN Lenggeng.
“Beliau sedang dirawat di hospital akibat strok separuh badan sambil ditemani suaminya yang setia di sisi.
“Saya turut memberikan sumbangan kepada semua individu yang diziarahi hari ini.
“Semoga sokongan dan sumbangan yang diberikan dapat memberi kekuatan kepada mereka serta ahli keluarga yang terlibat,” kata Md Asna.



