Berita
BAJET 2022: Dataran Adat Perpatih
SEREMBAN: Bagi mempergiatkan aktiviti seni budaya di Negeri Sembilan; Kerajaan Negeri memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu iaitu pembinaan Dataran Adat Perpatih dengan peruntukan berjumlah RM1,000,000.
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata; dataran di kawasan Muzium Negeri ini akan digunakan untuk pelaksanaan aktiviti kebudayaan yang mampu menjadi tarikan pelancong.