Baki minimum kad parkir Stesen KTM Senawang akan diteliti semula
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, terdapat aduan awam yang diterima berkenaan baki minimum kad ‘Touch n Go’ di kawasan parkir stesen KTM Senawang yang bernilai RM10 sehari.
“Aduan tersebut diterima daripada pemandu teksi, kereta sewa dan orang perseorangan.
“Kadar ini perlu dikaji dan diturunkan nilai minimumnya kepada RM6 supaya pemandu yang tidak sempat menyemak baki sebelum mengambil atau menurunkan penumpang dapat masuk ke dalam tanpa perlu meminta penumpang untuk berjalan kaki.
“Kawasan parkir tersebut diuruskan oleh sebuah syarikat swasta.
“Saya berharap agar syarikat tersebut dapat membuat penelitian semula berkenaan caj parkir yang dikenakan demi kebajikan para pemandu,” kata Gunasekaren.