Berita

BAKRIYAH hulur sumbangan kewangan kepada mangsa banjir

GEMAS: Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH), menyantuni 80 keluarga terjejas banjir di DUN Gemas.

Yang DiPertua BAKRIYAH, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof menyumbang bantuan kewangan, bantal, telekung, tuala dan barangan keperluan dapur kepada 80 keluarga mangsa banjir.

“80 keluarga yang terlibat dengan banjir ini dari Taman Sungai Gemas, Kampung Tiong, Kampung Bangkahulu, Kampung Londah, Kampung Kurnia DiRaja dan Kampung Pasir Besar.

“Semoga sumbangan ini meringankan beban keluarga mangsa banjir.

“Terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan (JKKN) yang turut menyumbang dan menjayakan proggam kebajikan ini,’ kata Wan Hasni.

Turut hadir, Pengarah PPANS, Puan Jamilah Chumila Katis.

Show More

Related Articles

Back to top button