Menarik

BAKRIYAH santuni OKU dan pesakit terlantar

LINGGI: Pejabat Penyelaras DUN Linggi dengan kerjasama Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) telah mengadakan program Ziarah Kasih bagi menyantuni golongan warga emas, orang kurang upaya dan pesakit terlantar.

Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah berkata, sebanyak lima keluarga telah diziarahi bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.

“Dalam program ini kita telah menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban mereka.

“Program Ziarah Kasih ini bukan sekadar lawatan bagi menyampaikan sumbangan tetapi kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengambil tahu sebarang permasalahan yang dihadapi untuk tindakan susulan.

“Terima Kasih kepada Datin Usharani Krishnasamy dan Puan Tee Yen Fang dari Persatuan BAKRIYAH Port Dickson di atas kerjasama menjayakan program ini,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button