Berita
Belia merupakan kuasa dalam besar dalam PRU-15
SENDAYAN: Golongan belia merupakan satu kuasa besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebanyak 30 peratus pengundi pertama kali dalam setiap parlimen adalah daripada golongan tersebut.
“Oleh hal yang demikian, saya menyeru agar semua pihak memainkan peranan berkenaan tawaran Pakatan Harapan kepada golongan belia.
“Seterusnya memastikan mereka memilih Pakatan Harapan dalam PRU kali ini,” kata Aminuddin yang juga merupakan Calon Pakatan Harapan di Parlimen Port Dickson.