Berbuka puasa bersama masyarakat, nikmat sebenar wakil rakyat

LENGGENG: Sempena bulan Ramadan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin telah mengadakan program Berbuka Puasa bersama jemaah Masjid Kariah Daching, yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan.
“Ramadan adalah bulan yang mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran dan kebersamaan.
“Dapat duduk semeja, berbuka puasa bersama masyarakat tanpa protokol, itulah nikmat sebenar seorang wakil rakyat — dekat di hati, bersama rakyat.
“Semoga setiap juadah yang dikongsi menjadi asbab pahala yang berpanjangan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
“Terima kasih kepada pihak masjid dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
“Moga Allah SWT memberkati setiap usaha kita,” kata Mohd Asna yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan.



