Berita

Beri khidmat terbaik kepada rakyat DUN Sikamat dan Negeri Sembilan

Alhamdulillah, atas kurniaan Allah yang memberi kesempatan kepada saya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat dan masuk tahun ke 14 sejak diberi kepercayaan oleh rakyat Sikamat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Dua penggal berkhidmat sebagai ADUN Pembangkang pada 2008 dan 2013, pelbagai kenangan pahit manis telah dilalui.

Keperitan yang dilalui itu biarlah tersimpan sebagai memori bagi menyubur kematangan dalam kehidupan.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengundi DUN Sikamat yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk terus berkhidmat.

Penghargaan kepada semua petugas Pejabat DUN Sikamat yang tidak pernah mengenal penat lelah membantu segala urusan di Sikamat.

Buat seluruh pendukung, penyokong dan seluruh rakan-rakan yang sentiasa mendoakan serta memberikan sokongan secara langsung atau tidak langsung yang sentiasa dalam ingatan yang tidak pernah dilupakan.

Memegang amanah ini bukan satu kebanggaan, malah satu tanggungjawab yang menuntut pengorbanan berterusan.

Kepercayaan ini akan terus diterjemahkan dengan khidmat terbaik buat seluruh rakyat DUN Sikamat dan Negeri Sembilan seluruhnya.

Reformasi!

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,

Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button