BeritaProgram

Bonus sebulan setengah gaji atau minima RM2,500 bagi penjawat awam

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan perkhidmatan mereka.

“Bayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu awal Januari dan minggu pertama April 2023,” katanya.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button