SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.
“Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini sebagai tanda penghargaan atas kecemerlangan perkhidmatan mereka.
“Bantuan khas ini akan dibayar selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari tahun 2022.
“Selain itu, kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan tanpa faedah akan diteruskan untuk kemudahan para penjawat awam yang layak,” kata Aminuddin.
Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di Seremban sebentar tadi.