Menarik
Cha sumbang Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan
RASAH: Sempena sambutan Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyerahkan sumbangan Jalur Gemilang kepada sekolah, MPKK dan persatuan.
“Saya menyerahkan sumbangan Jalur Gemilang kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lorong Java, MPKK Kampung Batu 3 Mambau, MPKK Kampung Baru Batu 8 Labu, Persatuan Penjual Suratkhabar NS dan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Bukit Kepayang.
“Bersama kita kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi,” ujar Cha.