MenarikProgram

Piknik Rakyat @ Port Dickson

Meriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 dengan Piknik Rakyat @ Port Dickson pada 16 September ini!

Jom bersantai dan berkelah bersama keluarga sempena cuti umum bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Pelbagai acara menarik seperti persembahan teater, seni mempertahankan diri, bacaan sajak dan pertandingan melukis serta diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan seperti Altimet, Khai Bahar Official, Khalifah, Floor 88 dan ramai lagi bakal memeriahkan lagi suasana piknik anda sambil menikmati makanan dari gerai jualan di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Di sebelah malam akan berlangsung ‘Larian Malam Hari Malaysia Port Dickson’.

Individu yang berminat untuk serta dalam larian ini berdaftar secara online di http://larianpd.com

Flag-off akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Peserta juga berpeluang memenangi lebih 100 hadiah cabutan bertuah!

Tunggu apa lagi, pastikan temujanji kita pada 16 September 2022 ini di Piknik Rakyat @ Port Dickson!

Show More

Related Articles

Back to top button