Berita
Cha sumbang RM15,000 kepada Kuil Sri Thirumurugan, Mambau
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah memberi sumbangan RM15,000 kepada Kuil Sri Thirumurugan di Mambau.
Cha berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu pihak kuil melaksanakan kerja menaik taraf kuil.
“Semoga kerja naik taraf yang dilakukan dapat memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada penganut yang hadir.
“Sumbangan telah diserahkan kepada Pengerusi Kuil Sri Thirumurugan, Encik Gunaseelan,” kata Cha.