BeritaMenarik

Cha sumbang RM22,500 kepada SK Taman Sri Mawar

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM22,500 kepada Sekolah kebangsaaan Taman Sri Mawar.

Cha berkata, sumbangan tersebut adalah bagi memudahkan pihak sekolah membeli peralatan baru.

“Sebanyak RM20,500 digunakan bagi membeli 40 meja guru, 40 kerusi guru, tiga meja Guru Penolong Kanan, tiga kerusi Guru Penolong Kanan dan satu meja guru besar.

“Manakala, lagi RM2,000 akan digunakan sebagai dana program,” kata Cha.

Sumbangan tersebut diberikan oleh Lee Kai Yet yang mewakili Cha di Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar.

Show More

Related Articles

Back to top button