Berita

Cha sumbang RM50,000 kepada SMK Puteri Seremban

RASAH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, Seremban telah menerima sumbangan kewangan RM50,000 daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Cha berkata, sumbangan RM20,000 bertujuan melaksanakan program sekolah, manakala RM30,000 untuk menaiktaraf pintu masuk utama sekolah.

“Bidang pendidikan sangat penting dalam membentuk dan mengubah nasib setiap entiti keluarga serta merencanakan masa depan negara.

“Semoga SMK Puteri yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan terus memacu kejayaan dan terus melahirkan pemimpin masa depan.,” kata Cha.

Cha berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Puteri kali ke-7 di Royale Chulan Seremban.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Md Fiah Md Jamin; Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban, Encik Norazam Nayan dan Pengetua SMK Puteri, Encik Adam@Karim Abd Malek.

Show More

Related Articles

Back to top button