Berita

Dua anak Negeri Sembilan wakil Malaysia di 2nd SEA Deaf Games 2025 di Jakarta

SEREMBAN: Dua anak Negeri Sembilan akan mewakili Malaysia di 2nd SEA Deaf Games 2025 di Jakarta, Indonesia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, dua atlit tersebut ialah Muhammad Kamarul Irfan Kamaruzaman, 23, dari Senawang dan Mohammad Nasharuddin Razali, 32 dari Kuala Pilah.

“Kejohanan ini sedang berlangsung dari 20 Ogos hingga 26 Ogos.

“Kontinjen Pekak Malaysia terdiri daripada 80 orang yang terdiri 52 atlet dan 28 pegawai.

“Acara yang Malaysia sertai ialah futsal, badminton, tenpin boling, catur, olahraga dan ping pong,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, Kamarul dan Nasharuddin merupakan pemain futsal untuk team kebangsaan yang pernah menjadi johan pasukan futsal ketika 1st SEA Deaf Games 2022.

“Untuk kejohanan di Jakarta skuad futsal negara memang nak pertahankan pingat emas yang dimenangi pada tahun 2022.

“Keyakinan ini tinggi berdasar skuad negera pernah menewaskan Thailand dan Indonesia pada temasya lepas.

“Selamat Berjuang buat atlet anak Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button