BeritaProgram

Dua mangsa kebakaran terima rumah baharu daripada Aminuddin

JEMPOL: Dua mangsa kebakaran di Jempol telah menerima rumah baharu yang bernilai RM50,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, rumah Encik Mat Zin dan Puan Robiah Warisno telah musnah akibat kebakaran pada Mei lalu.

“Rumah baharu ini telah siap dibina dengan menggunakan Tabung Permasalahan Rakyat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) dan diuruskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.

“Saya juga telah memberikan sejumlah sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka.

“Saya berdoa agar mereka diberi ketabahan dan kesihatan dalam mendepani dugaan ini.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan seharian,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button