Berita
Enam pelajar IPT terima komputer riba dari Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah menyampaikan sumbangan komputer riba kepada enam pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Balairaya Kampung Tengah.
Abd Latif berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar kelahiran negeri ini.
“Dalam pada itu, saya turut memberikan sumbangan Bantuan Sara Hidup kepada empat orang mahasiswa yang lain.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya,” kata Abd Latif.