Berita

Fokus kepada isu rakyat, bukan merebut kuasa

JEMPOL: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menasihatkan kepimpinan UMNO di semua peringkat agar fokus kepada isu rakyat, dan bukannya merebut kuasa.

“UMNO Jempol adalah Bahagian kedua dalam Negeri Sembilan yang menyempurnakan persidangan tahunan.

“Saya hadir selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan menyantuni kehadiran naib presiden parti, Dato’ Seri Johari Abdul Ghani yang merasmikan persidangan di Jempol tahun ini.

“Beberapa penekanan yang saya sampaikan adalah UMNO harus kembali ke asas perjuangan asal, angkat imej bersih parti dan reformasi budaya politik lama.

“Selain itu saya juga meminta kepimpinan UMNO di pelbagai peringkat fokus kepada isu rakyat dan bukannya merebut kuasa, perkukuh akar umbi, cipta naratif politik baru, kuatkan peranan dalam kerajaan dan jangan diulang kesilapan lampau,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button