Berita

Gotong-royong perkukuh kesedaran menjaga alam sekitar: ZAMRAH

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman menjelaskan bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memperkukuhkan kesedaran awam terhadap alam sekitar.

“Ini kerana mereka akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menjaga sungai dan kawasan rekreasi untuk generasi akan datang.

“Program sebegini rupa juga mencerminkan kebersamaan antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam memelihara kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

“Saya percaya pendekatan turun padang dan penglibatan langsung bersama komuniti merupakan kunci kepada pembangunan yang inklusif, mampan dan berteraskan kesejahteraan rakyat,” kata Tengku Zamrah.

Zamrah berkata demikian sewaktu turun padang bagi aktiviti gotong-royong sempena River Front Ampangan (Ampangan).

 

Show More

Related Articles

Back to top button