BeritaMenarik

Gunasekaren mahu sektor pelancongan tingkatkan pertumbuhan ekonomi

KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren meminta semua jabatan dan agensi di Negeri Sembilan untuk bekerjasama bagi mempromosikan sektor pelancongan Negeri Sembilan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Pelancong yang datang ke Negeri Sembilan memerlukan tempat penginapan seperti inap desa (home stay), makanan dan minuman.

“Ini membolehkan pelancong menginap di rumah kampung.

“Penduduk kampung juga boleh menjual makanan dan minuman kepada pelancong.

“Ini secara langsung membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren berkata demikian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Bil 2/2024 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Sementara itu, Nicole Tan telah meminta semua jabatan untuk mempromosikan mengenai destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan serta karnival jualan yang boleh dianjurkan di Negeri Sembilan bagi memajukan sektor pelancongan negeri ini.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Suzilawati Shuhaimi telah memberi taklimat tentang Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK).

Manakala Penolong Pengarah Bahagian Domestik dan Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Mohd Azrul Razman telah memberi taklimat tentang Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP).

Wakil-wakil dari setiap Pejabat Daerah dan Tanah juga telah membentangkan tempat-tempat menarik dan pakej pelancongan yang boleh dijalankan di daerah masing-masing.

 

Show More

Related Articles

Back to top button