BeritaProgram

Himalaya Sports Tampin Trans Naning Ultra 2026 tawar cabaran lasak kepada pelari trek denai

Acara larian denai berprestij, Himalaya Sports Tampin Trans Naning Ultra 2026, bakal kembali berlangsung dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Taman Air Tampin, Negeri Sembilan, dengan pelbagai kategori menarik yang menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.

Dikenali sebagai antara acara utama larian denai di negeri ini, pertandingan kali ini menawarkan lima kategori iaitu 102KM (Challenger), 68KM (Ultra), 34KM (Classic), 21KM (YDP Challenge) dan 8KM (Forest 9 Mountain).

Penganjur memaklumkan bahawa kategori YDP Challenge tahun ini telah dinaik taraf daripada 14 kilometer kepada 21 kilometer, lengkap dengan laluan baharu yang lebih mencabar dan menarik.

Ia sesuai untuk pelari yang ingin meningkatkan tahap pengalaman selepas merasakan jarak 14KM sebelum ini tidak mencukupi.

Acara ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Tampin dengan kerjasama Tourism Negeri Sembilan, manakala Himalaya Sports bertindak sebagai penaja utama. Turut terlibat sebagai penganjur bersama ialah Jabatan Perhutanan dan Swiftlet Running Club.

Menambah prestij acara, pertandingan ini juga merupakan sebahagian daripada UTMB Index Race serta ahli ITRA National League, menjadikannya platform penting bagi pelari tempatan dan antarabangsa untuk mengumpul mata pengiktirafan.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak penganjur melalui talian berikut: 019-651 7304 (Encik Tan), 016-633 1983 (Encik Nicholas) dan 019-6282 332 (Cik Saint Lai)

Acara ini dijangka menarik penyertaan ramai peminat sukan lasak serta pelari denai dari seluruh negara.

Show More

Related Articles

Back to top button