Berita

Individu, persatuan, KRT, PIBG dan NGO terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada beberapa individu, persatuan, KRT, PBG dan NGO.

“Adik Ramadarsan Logeswaran yang akan berlepas ke Sabah untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM300.

“Manakala Adik Muhammad Fakhri Bahar yang sedang menerima rawatan dialisis kerana sakit buah pinggang juga menerima sumbangan RM300.

“Pengerusi KRT Taman Sri Mawar 2, Encik Yassin juga menerima sumbangan RM500 bagi program Kejohanan Bowling Perpaduan KRT Taman Sri Mawar 2,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaran berkata, beliau turut menyumbang RM1,000 kepada PIBG SMK Forest Heights.

“Manakala Encik Vijaya Kumar Rengaiah telah menerima sumbangan RM1,000 bagi pihak Persatuan Kebajikan Gurukal Sangam Malaysia dan sumbangan RM3,000 pula telah diterima oleh Penolong Setiausaha Persatuan Kebajikan Guru- guru Bersara, Encik Kalaiselvam.

“Saya turut menyampaikan sumbangan kewangan RM500 kepada Persatuan Kebajikan Nammakal/Persatuan Kebajikan Kongu Malaysia bagi Anjuran program Treasure Hunt manakala RM 500 lagi kepada Persatuan Masyarakat dan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa sempena Perayaan Deepavali.

“Semoga bantuan kewangan yang diberikan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung dan dimanfaatkan bagi tujuan yang berfaedah,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button