Industri tenusu moden memacu pertumbuhan ekonomi Tampin

TAMPIN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah mengadakan lawatan ke F&N Agrivalley di Gemas.
Veerapan berkata, projek menternak lembu dan memproses susu lembu ini menunjukkan transformasi industri tenusu yang memberi impak signifikan kepada ekonomi dan komuniti tempatan.
“Kandang lembu serta ruang mengepam susu lembu dilengkapi dengan teknologi tinggi.
“Penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan hasil operasi dalam tempoh yang singkat serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Projek ini juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di Daerah Tampin.
“Dalam pada itu, Majlis Daerah Tampin juga memainkan peranan yang penting dalam menarik pelaburan strategik disamping menjana pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan semua,” kata Veerapan.
Turut hadir dalam lawatan ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Suriani Salihan dan Pengurus Operasi Tenusu F&N Agrivalley, Gary Sia Tiong Gee.