Berita

Inisiatif Kotej Halal bantu usahawan kecil

SEREMBAN: Inisiatif Kotej Halal yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri telah berjaya membantu 102 usahawan kecil untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif tersebut telah diumumkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Para usahawan akan dibantu daripada aspek latihan, konsultasi dan bimbingan kemahiran yang dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Besarlah harapan saya agar usahawan ini mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri sebagai industri tumpuan sejajar dengan Pelan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button