Kem Remaja Unggul 2025 bukti kerajaan prihatin masa depan anak muda

JELEBU: Seramai 110 orang pelajar daripada seluruh sekolah menengah di Negeri Sembilan telah menyertai Kem Remaja Unggul 2025 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, prihatin dengan masa depan anak-anak muda, dan menyedari betapa pentingnya membentuk modal insan yang sihat, berdaya tahan, dan bebas daripada pengaruh dadah serta gejala sosial.
Objektif utama program tiga hari dua malam di Kem Kongkoi UPNM ini adalah untuk membentuk jati diri yang kukuh dalam kalangan remaja, agar dapat menjadi ejen perubahan yang mampu menyumbang secara positif kepada komuniti dan negara.
Pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan tenaga pelajar untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis dalam menjalani kehidupan milenia yang semakin mencabar.
Turut hadir Pegawai Daerah Jelebu, Abdul Rahim A.Aziz; Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, Ruziliza Ibrahim; Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Abdul Halim Hassan; Ketua Balai Polis Titi, Sarjan Mejar Mohd Shafie Mukkhatar.
Bina generasi bebas dadah bermula hari ini.
Kem Remaja Unggul 2025 anjuran AADK Negeri Sembilan membuka lembaran baru untuk para remaja tampil berani, bijak dan berwawasan.
Ayuh bangkit, jadi remaja luar biasa!

				


