Berita

Isu pencemaran bau di Felda Bukit Jalor dapat perhatian Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi, telah turun padang bagi melihat lokasi aduan penduduk Kampung Felda Jalor berkaitan longkang berbau tersumbat.

Abd Latif berkata, hasil tinjauan mendapati longkang tidak diselenggara dengan baik yang mengakibatkan persekitaran di sekeliling kawasan tersebut berbau busuk.

“Penduduk kampung di sini berharap masalah ini dapat diatasi kerana tidak tahan dengan bau busuk.

“Saya akan berjumpa dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPS) untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Abd Latif.

Turut hadir Setiausaha MPKK Felda Bukit Jalor, Encik Halim.

Show More

Related Articles

Back to top button