Isu pengurusan sampah di kawasan Felda sedang ditangani

SEREMBAN: Satu langkah proaktif telah diambil bagi memperkukuh pengurusan sisa pepejal di kawasan Rancangan Felda.
Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, beliau telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Hala Tuju Strategik di antara Felda bersama SWM Environment Sdn Bhd.
“Fokus utama perbincangan adalah mengenai isu pelupusan sampah serta penyelarasan sistem kutipan sampah yang lebih efisien di Rancangan FELDA Wilayah Raja Alias.
“Kerjasama strategik ini bertujuan memastikan kelestarian alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup warga peneroka melalui pengurusan sisa yang lebih sistematik.
“Semoga usaha ini membuahkan hasil demi kesejahteraan komuniti Felda secara berterusan,” kata beliau yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.



