Berita

Jeram Enggang tarikan pelancong di Jelebu

KLAWANG: ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir bersama Jabatan Pelancongan Negeri Sembilan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan lawatan kerja ke Jeram Enggang di Kampung Ulu Jelebu.

Bakri berkata, tujuan lawatan adalah bagi meninjau kawasan sekeliling untuk dimajukan sebagai salah sebuah pusat pelancongan di daerah Jelebu.

“Selain tarikan air terjun, kawasan ini juga terkenal dengan tanaman buah-buahan.

“Saya melihat Jeram Enggang boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong untuk datang ke Jelebu.

“Lawatan ini untuk mencari kaedah bagaimana lokasi ini boleh dimajukan dan dipopularkan sebagai tarikan pelancong,” kata Bakri yang juga Exco Pertanian dan Industri Makanan.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad.

Show More

Related Articles

Back to top button