Jualan Harga Ladang DUN Bagan Pinang dapat sambutan
BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Port Dickson, Jabatan Khidmat Veterinar Port Dickson, Jabatan Perikanan Port Dickson dan FAMA Port Dickson telah mengadakan Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang kedua di perkarangan Dewan Bagan Pinang.
Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, ayam telah dijual pada harga RM10 seekor.
Telur sepapan pula dijual pada harga RM11 untuk Gred C dan RM10 untuk Gred D.
“Beberapa jenis ikan dan sayuran juga telah dijual dan semua barangan basah telah habis dijual sekitar pukul 10 pagi yang dibeli oleh penduduk DUN Bagan Pinang.
“Saya juga memberikan apam balik percuma kepada semua pengunjung yang hadir.
“Pihak kami akan mengadakan semula jualan ini pada 30 Disember 2022 nanti,” kata Nasir.
Nasir mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan jualan tersebut.