Berita
Jufitri seru pengundi muda sokong Pakatan Harapan
REMBAU: Calon Pakatan Harapan Parlimen Rembau, Tuan Jufitri Johar menyeru kepada pengundi muda untuk mengundi beliau (Pakatan Harapan) di Parlimen P131 Rembau.
Jufitri berkata, hal ini bagi memberi nafas serta idea baru kepada penduduk Rembau.
“Selain itu, Pakatan Harapan juga merupakan antara terawal mengumumkan pengisytiharan harta.
“Ini menunjukkan ketelusan serta kredibiliti yang terdapat dalam kepimpinan Pakatan Harapan.
“Oleh itu saya menyeru kepada semua anak muda khususnya pengundi kali pertama untuk menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum kali ini,” kata Jufitri.