Berita

KeADILan mahu menang kerusi kalah tipis pada PRU-14

Mempertahankan kerusi yang telah dimenangi

SEREMBAN: Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk memenangi kerusi yang kalah tipis (marginal seat) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selain mempertahankan kerusi yang telah dimenangi, kerusi yang kalah dengan perbezaan undi yang tipis akan diberi fokus juga.

“Disebabkan itu, gerak kerja bagi menyusun dan merangka kemenangan pada PRU akan datang perlu dilakukan dengan melihat secara menyeluruh.

“Timbalan Presiden KeADILan, Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Pilihan Raya akan memberikan arahan dan pengkhususan bagi memastikan kawasan yang berjaya dimenangi sebelum ini dipertahankan.

“Dalam masa sama, mendapat kemenangan di kawasan yang tewas dengan jumlah undi tipis,” kata Aminuddin yang juga merupakan Naib Presiden KeADILan.

KeADILan akan menganjurkan Konvensyen Pilihan Raya pada 27 Ogos ini di Shah Alam.

Show More

Related Articles

Back to top button