Berita

Keluarga B40, warga emas dan pelajar terima sumbangan kewangan daripada Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada Pusat Aktiviti Warga Emas Tampin (PAWE).

“Sumbangan ini bagi membantu persatuan ini menjalankan pelbagai aktiviti yang akan memberi manfaat kepada ahlinya.

“Saya juga menyampaikan sumbangan daripada RM300 sehingga RM1,000 kepada beberapa keluarga dan pelajar daripada golongan B40 yang memerlukan bantuan kewangan.

“Adalah diharapkan sumbangan ini digunakan sebaik mungkin dan dimanfaatkan untuk pembangunan masyarakat termasuk warga emas dan pelajar,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button