Menarik

Pertandingan Senam Tari Berbusana Tradisional Malaysia 2022

REPAH: Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam telah merasmikan Program Pertandingan Senam Tari Berbusana Tradisonal Malaysia Sempena Hari Keputeraan yang ke-74, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Peringkat Daerah Tampin.

Veerapan berkata, beliau tertarik dengan penganjuran pertandingan ini kerana ianya merupakan sesuatu kelainan di mana peserta berpakaian tradisional bersenam dengan rentak tarian dari pelbagai etnik kaum di Malaysia.

“Saya sangat mengalu-alukan program seumpama ini diadakan secara berkala atau dijadikan acara tetap setiap tahun kerana ianya amalan gaya hidup sihat, di samping memupuk keharmonian dan permuafakatan sesama kita.

“Saya menyeru masyarakat di Malaysia untuk sentiasa menjaga SOP di kala kita beriadah dan bersukan.

“Jaga kesihatan dan sama-sama memutuskan rangkaian Covid-19 di Malaysia,” katanya.

Veerapan mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Tampin atas inisiatif penganjuran program ini.

Program berlangsung di Kompleks Arena, Tampin.

Senarai pemenang:

Johan : MIX THE VASS

Naib Johan : KSKIM (A) KELAB SUKAN KECERDASAN INA MONCHEH

Ketiga : SWEET TEAM

Ke-4 : ZERO GRAVITY

Ke-5 : PUSPA WARRIORS

Individu Lelaki Terbaik: Mohd Aidil (MIX THE VASS)

Individu Wanita Terbaik: Lai Yee Kien (ZERO GRAVITY)

Busana Terbaik: DTARI PERKEP

Show More

Related Articles

Back to top button