Berita

Kerajaan lulus projek Pelabuhan Pintar AI Port Dickson

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek Midport Smart Container AI Port di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah menghadiri mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Salah satu kertas pertimbangan yang penting yang dibentangkan hari ini ialah cadangan pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 di Negeri Sembilan yang merangkumi Daerah Seremban dan Port Dickson.

“Projek MVV 2.0 ini meliputi pelbagai fasa dan komponen termasuk pembangunan industri berteknologi tinggi, smart city, kluster semi-conductor dan sebagainya.

“Satu lagi komponen penting yang telah diluluskan oleh MPFN pada hari ini ialah pembangunan sebuah pelabuhan baru oleh pihak swasta yang dinamakan sebagai Midport Smart Container AI Port yang akan menjadi pintu masuk maritim utama kepada kawasan MVV 2.0.

“Projek MVV 2.0 ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi Negeri Sembilan yang paling utama dalam masa 10 tahun akan datang dan bakal menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang berkualiti kepada anak-anak tempatan,” jelas Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button