Kerajaan Negeri Sembilan peka keperluan pelajar keluarga B40
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyampaikan bantuan komputer riba kepada 12 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada keluarga B40.
Aminuddin berkata, bantuan ini hasil sumbangan daripada Yayayasan Negeri Sembilan kepada pelajar IPT.
“Bantuan ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang kemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.
“Permohonan dibuka untuk anak kelahiran Negeri Sembilan ataupun yang telah menetap di Negeri Sembilan melebihi lapan tahun.
“Semoga usaha ini dapat membantu anak-anak Negeri Sembilan untuk menjadi pelajar cemerlang di institusi pendidikan masing-masing,” kata Aminuddin.
Aminuddin menyampaikan sumbangan tersebut di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Negeri Sembilan.
Turut hadir, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong dan Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Encik Nazri Kassim.
Foto: Nabil Syafiq