Kerajaan Negeri Sembilan peruntuk RM5.6 juta kepada Rumah Ibadat Bukan Islam
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan RM5,580,488 kepada 459 Rumah Ibadat Bukan Islam dari tahun 2019 sehingga Jun 2022.
Exco Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar berkata, sebanyak RM1,499,523 diperuntukkan kepada 154 rumah ibadat pada tahun 2019.
“Pada tahun 2020, sebanyak 126 rumah ibadat menerima peruntukkan RM1,297,000.
“Sebanyak 118 rumah ibadat menerima peruntukkan RM1,890,965 pada tahun 2021.
“Manakala sehingga Jun 2022, sebanyak 61 rumah ibadat menerima peruntukkan RM893,000,” kata Arul Kumar.
Arul Kumar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren (Pakatan Harapan) di Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14 pada Rabu.