Berita

Kerajaan Negeri tidak berkompromi terhadap premis judi atas talian

SEREMBAN: Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang menjalankan judi atas talian di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri memalui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah melakukan risikan dan serbuan kepada premis yang dikhendaki.

“Risikan secara berterusan dan tindakan agresif akan dilakukan oleh PDRM bagi membanteras gejala ini.

“Premis yang kerap diserbu akan diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air.

“Sehingga Januari lalu, sebanyak 79 serbuan telah dibuat, 93 individu telah ditangkap dan rampasan wang sebanyak RM22,680.

“PDRM sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat laman web dalam membanteras perjudian atas talian,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab persoalan ADUN Linggi, YB Dato’ Abdul Rahman Mohd Redza di Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14 pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button