Berita

Kerajaan Persekutuan diminta nilai semula SOP lama yang bantut projek

KUALA LUMPUR: Belanjawan Madani 2026 berjaya menggambarkan hasrat murni kerajaan untuk memajukan rakyat dan negara.

Namun, Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyeru agar kerajaan menilai semula semua SOP lama yang membantutkan pelaksanaan projek, mempercepatkan pendigitalan proses kelulusan, dan memperkukuh penggunaan teknologi moden dalam semua sektor kementerian.

“Port Dickson menyenaraikan beberapa projek yang mungkin perlu dirungkai kerana masih tidak siap dalam tempoh masa yang sangat panjang seperti berikut:

(1) Kerja pembinaan bagi projek jambatan antara Sepang–Lukut (atau lebih tepat Bukit Pelandok/Sungai Pelek–Sepang),

(2) Projek Naik Taraf Depot Imigresen Lenggeng yang sedang dalam pembinaan sejak 2021 dengan kos lebih RM50 juta.

(3) Projek Pembinaan Pusat Latihan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan,

(4) Projek Canopy Walk di Taman Negara Negeri Sembilan.

“Rakyat tidak lagi mahu mendengar alasan, mereka mahu melihat hasil.

“Rakyat tidak menuntut keajaiban, mereka hanya mahu janji ditunaikan dengan cepat dan berkesan.

“Jika langkah ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, saya yakin Belanjawan Madani 2026 bukan sekadar pelan di atas kertas, tetapi realiti yang dapat dirasai oleh setiap rakyat Malaysia,” kata Aminuddin di sesi perbahasan Belanjawan 2026 di parlimen.

Show More

Related Articles

Back to top button